Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 87

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur suku Korah.

Sebuah nyanyian. 1Asas-Nya di bukit suci;

2TUHAN mencintai pintu pagar Sion

lebih daripada segala tempat kediaman Yakub.

3Pelbagai kemuliaan disebutkan tentangmu,

Wahai kota Allah:

4"Aku akan menyebut Rahab dan Babel

kepada mereka yang mengenal-Ku –

Ketahuilah, wahai Filistea dan Tirus, serta Kush –

'Dia dilahirkan di Sion.' "

5Dan tentang Sion akan dikatakan,

"Dia ini dan dia itu telah dilahirkan dalamnya, dan Yang Maha Tinggi sendiri akan mengukuhkannya."

6TUHAN akan mencatatkan ketika Dia mendaftarkan umat-Nya:

"Dia ini dilahirkan di Sion."

7Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata,

"Semua sumber bahagiaku dalammu."